Saturday, November 27, 2010

FAKTA KE AUTA???TERPULANGLAH NK CAYE KE X...


Assalamualaikum Dan Salam 1 Blogger. Sekarang dah pukul 7.45 PM. Korang jangan kata korang tak tahu apa itu PM. PM tu bermaksud petang dan malam dan bukan Perdana Menteri yer. Betol tak? Wahaha~ Oklah, kali ini aku nak kongsi dengan korang semua, fakta yang kemungkinannya adalah auta yang belum difaktakan lagi. Ape yang ko merepek ni mekjat oii. Haha. Entahlah, aku sangatlah blurr dan sengal ubi untuk hari ini. So, ampa bace jer lah~ Berikut adalah fakta-fakta yang ingin dikongsi bersama :

Jika Anda Makan Satay (Sate)

Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaranakan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pulaadalah anti-karsinogen.

Jangan Makan Udang Selepas

Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. Ingat~

Barah Akibat Penggunaan Bahan Dalam Shampoo.

Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jikakandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium LaurethSulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barahdalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampooyang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, PaulMitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.

Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

Kepada Penggemar Makanan Jenis Mee Segera

Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yangbadan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

Bawang Goreng Segera

Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapatbanyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Arr~ Kenyangnyer. Aku baru jer lepas makan benda alah di bawah nie. Hehe~Sedap.. Korang nak? Beli sendirilah, masing2 dah ade duit kn.......x dk duit..p la jolok.....haha

p/s :  aku sukee sangat makan maggi lah~ Adui camner nih !
p/s :harap ampa semua sebar2kan la ea benda2 nie.....ramai yg x tahu lg kowt...

PROTON INSPIRA VS MITSHUBISHI LANCER

Terbaru proton telah melancarkan Proton Inspira yang rupanya mirip Mitshubishi Lancer. Disebabkan rupa yang hampir sama, telah menimbulkan rasa kurang senang oleh Mitshubishi Lancer..:)







p/s: jangan tengok dari luaran saja...dalaman x tau la sehebat mana.....huhuhu....tp law aku pn nk beli ispira jgk...save bajet......dan bajet je lebih...huhuhu

Friday, November 26, 2010

i'm Proud to be a muslim? Tolong UNLIKE!!

Peringatan: Kalau kata ada orang invited anda untuk like certain – certain group kat Facebook, tengok dulu groupnya, jangan main2 like. Kenapa? Sebab ada 1 group iaitu: I’m PROUD TO BE A MUSLIM (sila klik) yang sebenarnya diselenggara oleh Laknatullah yang bertujuan menghina ISLAM.

Nak tengok x fan page tu??

Sila lihat apa yang dia tulis..Kurang ajaq!!!.Kalau view gambar tu betul2 lagilah kurang ajaq!!!



contoh gambar kurang ajaq!!

Kalau anda lihat photo - photo yang ada kat page ni, memang kebanyakannya banyak gambar yang menghina nabi kita. Geram bila tengok!!

So, kepada sesiapa yang kawannya ada like page tu, bagi tahu kawan anda supaya UNLIKE balik page tu. 

Lagi 1, jom pakat ramai – ramai REPORT PAGE Ni. Cari kat bahagian tepi side kiri bawah sekali.

So, ni link dia sekali lagi:
http://www.facebook.com/pages/Im-proud-to-be-a-Muslim/46199348327p/s : aku ambil maklumat nie kat blog follower aku...so...bg aku benda nie mmg la sgt menghina dn menjatuhkan islam......semoga pemilik group nie dapat hidayah dri Allah.....amin...

Wednesday, November 24, 2010

Lambang salib pada bangunan KUSTEM Terengganu

[Gambar-gambar dari satelit]





















KUSTEM ialah sebuah kolej universiti milik penuh kerajaan yang terletak berhampiran Gong Badak, Terengganu.


Bangunan yang di gambarkan sebenarnya siap (kalau tak salah) kira2 lebih 3
tahun yang lepas.


Yang menjadi persolannya ialah :-


1) Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut ?


2) Adakah Jabatan Kerajaan yang meluluskan bangunan ini tidak sedar tentang
perkara ini ?


2) Adakah bentuk salib itu berlaku secara kebetulan disebabkan kedudukan
bangaunan itu sendiri ?


3) Adakah ianya disengajakan ?


4) Apakah motif sebenar bumbung itu direka begitu ?


5) Dan banyak lagi persoalan ???


Sila sebarkan kepada sahabat kita semua, lebih - lebih lagi rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.


Jika anda perhatikan betul-betul pada bumbung bangunan yang berwarna putih itu, apa yang anda dapat lihat? Yaa!!! Anda akan dapat lihat lambang salib yang besar. Haa, ini lah yang jadi kemusykilan sekarang. Dan untuk pengetahuan anda, arkitek kepada bangunan KUSTEM  itu memang adalah orang luar negara, dari negara mana ntah, x ingat lak aku..huhu
Apa yang anda fikirkan sekarang? Mengapa sampai meletakkan lambang salib di bumbung bangunan tersebut? Di negeri yang bergelar Darul Iman. Mengapa sampai boleh berlaku sampai ke tahap ini? Tak ada orang cek ke masa mula-mula buat design dulu? Agenda siapakah itu? Ok pandai-pandai lah buat keputusan ya dan cuba fikir-fikir apa kesannya nanti. Saudara-saudara kita dah beratus ribu dah murtad, tetapi kerajaan masih pandang remeh :( Apa lagi hal bumbung berlambang salib besar ni di negeri Darul Iman. Sampai sekarang nampak macam tak ada pun usaha untuk membuangnya. Haiiiii :(
Hmmm aku tak tahu nak komen apa.rasa sedih sangat. disaat negara kita masih diperintah oleh seorang yang beragama islam, dakyah kristian ni dapat menyerang dari pelbagai sudut dan kita hanya mampu 'berjihad' di dalam hati sahaja....apa kita nak jawab di mahkamah Allah nanti apa yang kita lakukan untuk agama kita...takkan sembahyang puasa tunaikan haji sahaja.....iman kita tak dapat langsung berada dikalangan sahabat sahabat nabi....bagaimana kita layak untuk menduduki syurga Allah......tepuk dada tanyalah dalam hati sendiri...

DIAMBANG PEPERIKSAAN!!!!!

hohohohoho......
dh lama x update,,,,bpa hari aku terpaksa tggal blog kesayangan aku nie...
gara2 sbb EXAM!!!
arghhhhh.......minggu depan bwu hbis.......kenapa perlu exam erk???
adoiiii.....menyusahkan......tnsion lak 2.....
hari2 kena menghadap buku......
huhuhu.....2 antara keluhan2 kebanyak student skg nie...
btol x????
jgn dok tipu aku la....aku leh bace la isi hati ampa nie...hahaha
x nk exam x yah la dok kat sekolah atau ipta atau pusat pngajian yg len....
hbis 2 ampa nk pandai mcmna???
ty org kata ampa bodo ampa marah....adoiii...
sapa nk kawin dgn org x berpelajaran mcm ampa nie???
hahhhh???
lain la pmpuan.....pmpuan x ngaji pndai pn x pa....
coz ty dok celah ketiak suami ja...hahaha
dh rrr....
malas nk tulis byk2.....
nk STUDY!!!!!!
doakan kejayaan aku yea kawan2....
semoga kejayaan milik kita bersame...
amin ya robbala'lamin...

Saturday, November 20, 2010

SALAM AIDILHADHA

Pertama skali aku mintak maaf byk2....
coz bru nk update blog aku hari nie......
bkn pa..
dari sejak raya lagi internet tmpat aku bt hal....
nk post blog pn kena tggu ape2 ntah...penat gler tggu....
tnsion gler.....
nie aku post pn guna laptop faiz...member aku kat blik bwh...
law kat blik aku x dpt lak...tnsion gler...huhhhh....
tp x pe....mybe x terlmbat lg kot aku nk ucapkan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....
semoga kita semua mengerti pengorbanan yg sebenarnya....
aminnnn.....
kepada yg bt haji.....semoga dpat haji yg mabrur.....
insyaAllah...
sebenarnya byk tau aku nk cerita....tp skg aku ada hal skit....nk p makan...hehhe
stg insyaAllah.....aku update lgi......
k......maaf zahir dan batin.......


Monday, November 15, 2010

HUKUM BERTUNANG DARI SISI AGAMA ISLAM

Posting ini adalah menjawab soalan sahabat kita tentang "khitbah / bertunang" di  dalam Islam. Serta menjawap persoalan berkenaan hukum nikah dengan tunang orang. Semua ini telah terjawap di dalam Islam dan perlu kita belajar dan ketahui walaupun tidak melaluinya. Sesungguhnya tiada ilmu yang tidak berguna melainkan kita membelakangkan hukum hakam di dalam Islam.
sekadar gambar hiasan
Bertunang/khitbah.
"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam.

A. HIKMAHNYA
Apa hikmah, faedah atau kelebihannya???  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

"Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.

Proses khitbah dan memahami maksudnya
"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar  ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.

B. HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM

Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini.

Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.


C. DALIL ATAU BUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG

Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak. Contohnya ialah...

1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal  bagi kamu penjualan di atas penjualan  orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".

Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga anda semua faham.

2) Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".

2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.


D. TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH / BERTUNANG

1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.

2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan / menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun.

3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

Ini semua adalah contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ???

Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham.
*** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

E. HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANG... (KHATIB-TUNANG LELAKI, MAKHTUBAH-TUNANG WANITA)

HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI(menimbulkan fitnah) BERSAMA DENGAN TUNANG???
Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad(ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi.

Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah terjadinya maksiat. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).

Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:
" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal. Iaitu:-

1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong  dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.]

*** mahram = mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan wanita itu)
***  'uruf =  adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.
F. BEBERAPA ISTILAH-ISTILAH DAN PERKATAAN YANG BAIK UNTUK DIKETAHUI DAN DIINGATI

01. Akad ------------------->> Ijab dan qabul

02. Al-istihbab ----------->> Sunat

03. At-ta'arruf ----------->> Berkenalan

04. Aula --------------------->> Utama atau Baik

05. Az-zawaj -------------->> Nikah atau Kahwin

06. Berkhalwat----------->> Berdua-duaan di tempat sunyi tanpa mahram hingga menimbulkan fitnah.

07. Disyariatkan -------->> Diperundang-undangkan

08. Faqeh ------------------->> Faham hukum-hakam

09. Jumhur ulamak --->> Ramai Ulamak

10. Khatib ----------------->> Tunang lelaki

11. Khitbah --------------->> Bertunang

12. Mahram--------------->> Orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya.

13. Muqaddimah ------->> Permulaan

14. Makhtubah ---------->> Tunang wanita

15. Tidak soreh ---------->> Tidak terus (indirect)

16. 'Uruf-------------------->> Adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

mahukah kita ke tahap ini?
Hukum Nikah Dengan Tunang Orang

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Islam melarang seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang lain. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ù„َا ÙŠَØ®ْØ·ُبُ Ø£َØ­َدُÙƒُÙ…ْ عَÙ„َÙ‰ Ø®ِØ·ْبَØ©ِ Ø£َØ®ِيهِ

Maksudnya: "Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya". Direkod oleh Malik dalam Muwatta, Syafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) dll.

Yang dimaksudkan dalam hadis ini apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, dan wanita tersebut telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengannya, maka haramlah orang lain bertunang dengan wanita tersebut. Adapun jika pihak wanita belum menyatakan penerimaannya, maka tidak mengapa orang lain cuba masuk meminang. (Al-Istizkar 5/382)

Jika pertunangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, tiba-tiba ada orang lain berkahwin dengan wanita tersebut, maka dia telah melakukan perkara dosa.

Dari sudut kesahihan perkahwinan, ada khilaf ulama:
  • Ada ulama menyatakan pernikahan tersebut mesti difasakhkan (dibatalkan).
  • Ada ulama menyebut tidak perlu difasaskhkan seperti pendapat Abu Hanifah dan Syafie.
  • Ada ulama membuat perincian, jika mereka telah bersekedudukan maka boleh diteruskan perkahwinan. Tetapi jika belum bersekedudukan maka hendaklah difasakhkan pernikahan.
 Kesimpulan, hukum bertunang dan berkahwin dengan tunang orang adalah haram. Kecuali jika belum dipersetujui atau dibatalkan pertunangan yang pertama.

*** Jika terdapat kesilapan dan kesalahan dalam penggunaan perkataan / kalimah digunakan, diharap agar anda dapat memberitahu agar saya perbetulkan kesilapannya.

Wallahu A'lam.

Saturday, November 13, 2010

PC & PHONE FAIR 2010 at TTC Terengganu

 TTC(hiasan saja....bukan banner cm nie...yg nie dh lama..tau)
aku law dgaq ada benda nie...
tobat aku p.....hahahahahaha
mana la nk tau....kot2 ada benda yg berkenan...aku beli la....
rugi la law x beli....brg murah skit........murah skit ja pn...x byk sgt....
law kat rantau panjang x pa la...leh tawaq menawaq....huhuhu...
benda nie start dri hari rabu lepas.....habis hari nie la...4 hari ja.....
so...aku bila tau2 ada benda nie.....pakat2 p ngn kawan la....
ptg 2 hujan rintik2.....dengan penuh berhati2 aku meluncur laju dengan pesawatku...kelisa...haha
dh sampai mak ang...aku pelik rr....kata pc & PHONE...tp PHONE x dk langsung...huhu
tnsion btol la........dh la gerai bkk pn skit ja...mmg x puas la...
mcm apa g......baik p bazar byk gerai2...hahahahha
kutuk2 aku pn beli la jgk dua tiga brg...haha.....
aku mai pn mesti la ada hajat....dri dulu lg aku dok tggu bila nk ada pc fair nie...huhu
nie tgah dok ada...tggu kelapaq pa g....p teruih la....hehehe
benda pa aku nk beli sgt 2???ala......law x dk benda nie mmg virus dok slalu msok la...
law ada....ad la jgk protek dya....haha....
so....dgn kereleaan hati...maka aku beli la Kaspersky internet security 2011...hohoho
bukan 1 user....tp 3 user terus...hahahaha...
harga dya stndard la...law harga asal rm160 kot....tp aku beli rm110 ja...
huhuhuhu....
haaa...nie la kotak dya...hehehe
nak tahu dya pnya application atau desihn dya???jap....aku tunjuk yg nie jela ekk...
haaa....cun x........ampa tgok dk lagi dya pnya gadget????
perghhhh....smart siootttt....haaa..nie la dya...
dan bukan nie je yg ada...byk kaler len lgi....
haaa.....mcm2 ada...hehehhehehe
pas2 dh perabiskan duit beli natang nie....aku beli lak mouse dgn cad reader...
huhuhuhuhu....selama nie aku dh 2 sem x pakai mouse...hehehe...guna pad ja..
cad reader aku lak minggu lpas tibe2 buat hal lak...x kuaq lmpu dh.....so..dh rosak dh la..huhu
beli smua nie pn dh perabih dalam rm150...hahaha......boros ke aku???
aku rasa x kot....benda penting nie...hahahaha
pas2 kat sebelah 2 ada buat pameran kereta....mcm2 ada....
dari yg kecik sampai la yg besar gajah...hahaha..
mini copper,peugeot,mazda,hulux,civic,honda ac...accord,dan byk lg la yg mewah2 nie..
kami tgok jela.....xkn nk beli kowt...huhuhuhu...
law keja pn aku x tau aku mampu ke dk beli kereta2 mcm nie...huhu
aku nie pantang law tgok benda2 bez...mahiu ja ambik gambaq..hahahaha
x leh beli pn ada gmbaq dh ckup,,,heheh

hahahaha....bajet je kn....hahaha...bia la......x mampu beli,gmbar dh la..heehhe
pas2....bila nk balik plak...singgah sat kat kedai ikan.....pergh...mmg puas hati la kedai dya..
mcm2 ada.....ada jual kucing,hamster,ayam,burung,kura2,ikan n mcm2 la...x larat nk hbq..
ntah mcmna....aku terdetik hati nk beli kura2....hahahaha....
nie la kura2 aku...nama dya cucuk dan bb....hehehe
yg kanan cucuk...yg kiri 2 bb....hehhe....cucuk jantan...bb betina...tau...
sapa2 yg bekenan nk beli kura2...haa...nie aku senaraikan harga dya...
kura2 seekor = rm7
balang kura2 = rm15(x termasuk hiasan)
batu2 hiasan =rm2
hiasan kaler oren=rm6
makanan kura2 = rm3
anti klorin = rm2

Friday, November 5, 2010

NEGERI KU BANJIR TEROK!!!!!!!

BANJIR PALING TERBURUK DI KEDAH!!!

ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Angka tersebut lebih sekali ganda daripada angka pemindahan yang dicatatkan dalam banjir besar yang melanda pada tahun 2005 apabila 21,000 penduduk dipindahkan.
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,569 orang berbanding kira-kira 25,000 kelmarin ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang manakala keadaan banjir di Padang Terap semakin baik.
Di Kubang Pasu, seramai 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga dipindahkan manakala di Padang Terap, 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan.
Banjir di Kota Setar melibatkan 8,184 penduduk, Pokok Sena seramai 1,281 orang dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk yang dipindahkan.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.pagi tadi mak aku tepon........pkol 8.10 pg...mak aku tnya baru bangkit tdoq ka nie???
hahahaha.....kantoi.......coz aku tgok balik ada 5 mizcal mak aku.......huhuhuhuhu...
tp sebolom aku tgok 2 aku kata x de la mak....dok bilik kawan nie.....hehehe...
padahal aku x tahu yg sbolom nie mak aku call aku x angkat2....haa...ambik ko....padan muka aku..
tipu mak lagi.......x bek la......ish3....apa nk jadi....huhuhu...tp segan la kn law kata bru bgun...
hahahahha.....sbb kat rmah aku slalu bgun awal...hehehe....bgun awal la sgt.....
pas2 mak aku habaq la kata umah tok aku kat alor star 2 bah terok......
mak aku kata smpai tara TETEK dh aihhh ayaq bah dok naik.....huhuhuhuhu,,,,terok 2....
istilah tetek jugak yg terkeluaq.......kata la dada...kn sopan...huhuhuhu....
eleh....mcm la aku sopan sgt....wahahaha....
mak aku kata nk balik kmpung tgok tok aku pn x bleh....
jalan utama semua katop...dh x dk jalan lain dh nk p.....huhuhuhuhu...
mak aku dok sedih la 2...tok aku dh la dok sorg2......barang2 byk x dpt diselamatkan....
cian.........mcmna la nasib tok aku...nasib bek umah tok aku 2 tngkat...jd dya dok kat tgkat atas la...
huhuhuhuhu......mana perginya org2 yg ambik p balai raya atau tempat pemindahan mangsa banjir???
ntah la....x dn lak nk tnya mak aku...huhuhuhu
pas2 mak aku kata...nmpaknya kena raya kat rmah je la...x balik kmpng la jawabnya....
tp mak aku ambik tok aku la ty.....huuuhu....
x pe....jgn wisau......jgn mengeluh...2 semua hnya dugaan....kita sbgai hmba wajib tabah dan sabar....
jgn berputus asa dn yg penting jgn menyalahkan ketentuan Ilahi.......
redolah atas ketentuannya......ada himak di sebalik setiap kejadian 2...insyaAllah....

 ambihhh....seronok sgguh depa men ayaq......budak2 mmg ckup syok law bnjir...huhuhuhu...
kat sini antara tempat2 pelindungan sementara bg mangsa banjir.....(sek.keb.titi gajah)dekat umah tok aku nie.


Lapangan terbang Alor Setar ditutup kecuali perkhidmatan helikopter

November 03, 2010
PETALING JAYA, 3 Nov — Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah akan ditutup sehingga esok kepada semua penerbangan, kecuali perkhidmatan helikopter, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chong Ha.
Beliau berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas terutamanya di wilayah utara Semenanjung Malaysia mengakibatkan banjir melanda kawasan berkenaan dan memaksa penutupan lapangan terbang itu sejak semalam.
“Kami ingin memohon maaf disebabkan keadaan yang tidak dijangka ini berikutan keadaan cuaca,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, di sini hari ini.
Lapangan terbang itu mengendalikan penerbangan MAS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur tiga kali sehari; penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali); dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali).
Lapangan terbang itu terletak 12 kilometer dari Alor Setar dan dapat mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.
Kong berkata lapangan lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu masih beroperasi seperti biasa.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata pelanggan syarikat penerbangan negara yang telah menempah tiket penerbangan ke Alor Setar dan tidak dapat menaiki penerbangan disebabkan penutupan lapangan terbang dibenarkan menjadualkan semula penerbangan atau memilih destinasi paling hampir.

Firefly tangguhkan penerbangan sehingga ahad
KUALA LUMPUR: Firefly, syarikat penerbangan komuniti Malaysia telah menggantung operasinya di Alor Setar sehingga Ahad berikutan keadaan cuaca buruk dan penutupan Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid.
Ketua Pemasaran dan Komunikasinya Angelina Fernandez berkata, Firefly menyedari kesulitan yang dihadapi penumpang tetapi keselamatan mereka menjadi keutamaan syarikat sepanjang masa. “Kami sedang mencari langkah-langkah alternatif untuk menangani masalah kecemasan, terutamanya penumpang Firefly yang menyambut perayaan Deepavali (esok) dan perkara-perkara lain berkaitan perniagaan atau perjalanan liburan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Para penumpang diingatkan agar memastikan butir-butir hubungan mudah alih mereka adalah yang terkini dan aktif bagi pemakluman sebarang penangguhan atau pembatalan penerbangan menerusi pesanan ringkas.
bernama
Lapanagan terbang Sultan Abdul Halim di tutup dan seorang pelajar maut
PADANG TERAP, 2 Nov – Seorang pelajar tingkatan satu mati lemas selepas terjatuh semasa dia sedang memancing di sebuah sawah yang ditenggelami air di Kampung Charok Bongor di sini petang ini.
Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semasa Mohd Zaki Amani Shaari, 13, sedang memancing bersama abangnya.
“Keadaan sawah yang ditenggelami air lebih lima meter menyebabkan Mohd Zaki tidak dapat diselamatkan oleh abangnya selepas dia tergelincir,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata mayat Mohd Zaki dijumpai oleh orang kampung kira-kira pukul 6.20 petang semasa warisnya sedang membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis.
“Mayat Mohd Zaki ditemui oleh orang kampung berhampiran tempat dia jatuh,” katanya dan menambah mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, tiga penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini pada petang dan malam ini, dibatalkan ekoran lapangan terbang itu terpaksa ditutup akibat air naik sehingga ke landasan.
Ketua Unit Operasi LTSAH Abdul Rashid Md Yusob berkata, air naik ke landasan itu akibat limpahan banjir dari kawasan berhampiran.
“Ketiga-tiga penerbangan itu melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, AirAsia ke Kuala Lumpur dan FireFly ke Subang (Selangor),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini..
Katanya, empat penerbangan yang dijadual akan berlepas pagi esok turut dibatalkan manakala penerbangan sebelah petang bergantung kepada keadaan.
Jadual pagi esok melibatkan dua penerbangan pesawat MAS ke Kuala Lumpur, satu pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur dan satu pesawat FireFly ke Subang.
Bernama

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 8 tafsirnya :

"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat sebagai kurnia daripada-Nya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya dan orang lain dari jalan Allah".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 214 tafsirnya :

"Mereka telah ditimpa kepapaan kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersertanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah".

Thursday, November 4, 2010

broadband aku sudah KEMBALI!!!


sebelom nie dh 2 bulan aku x bayaq bil broadband...hahahaha....
sehinggakan kemarin dlu....ada satu panggilan yg x dikenali...kat skrin tulis"unknown"!!!
haaa.sudah!!!sapa la yg tepon nie......takot jgk...dulu aku pnah dgaq law ada naik mcm 2...
KITA AKAN MATI!!!!HUHUHUHU.....
tp aku buang jauh2 benda karut 2.....dgn perasaan yg berdebar...aku angkat la...
pas2 dgq sora cam gadis cina...dya tnya nie encik amir kah....aku pn kata yes....
huhuhu......sembang pnya sembang......tahu la aku...yg dh 2 bulan broadband x bayaq....hahaha
law x bayaq...dya block la i pnya broadband...
hoooooooo.....x leh maaa....gua susah maa nk hidup senang tnpa broadband....
smua benda kurang menjadi maa.....hahahaha....
pas2 aku jawab la.....aku pnya masalah pasaipa aku x byaq lagi...
law ampa nk tau...aku pnya broadband ada dua akaun..HUHHH...
x guna pnya org yg register 2.....SEPATOTNYA...aku kena byaq rm96 laa kn..coz
aku pakai pakej rm48 sebulan.....dua bulan rm96 la kn...tol x...
tp law tgok dlm bil...mak aiii..!!!!DEKAT RM200 TAU X!!!
argghhh....2 yg aku p serang kedai maxis centre tengahari td.....tnsion btol la....
bila je smpai kat maxis centre......aku pn luahkan la sgala masalah aku.....bukan masalah peribadi k..
masalah broadband ONLY!!.haha....
setelah selesai semua...dya kata dya akan handle semua...jgn wisau....ok...fine...aku cye...
pas2 aku byar la rm96......selesai....fuhhh.....bahaya law hdup berhutang beb...
hidup x berkat.....x senang hdup kita.....apatah lagi akhirat kelak.....MasyaAllah....takot3!!!
maxis centre kat bandar kuala terengganu....x besaq mana pn...huhuhu
nie kaunter pertanyaan utama kot...law x silap aku la..hehehe..haa..2 la number turn aku..keh3
muka x ckup tdoq nie...huhuhu....malam2 asyik study...keh3...koya demo nie..huhu
turn aku dh smpai dh....mana org nie???x layan aku pown...huhuhu...nk balik...haha
hahahaha...naim ngan yob tension tggu aku.....lama sgt kerw????huhuhu...relax la sain2 ku

DI MYDIN......KAMI TEMAN YOB BELI MAKANAN KAT KFC....
perghhh,,,,,kaya sgt depa nie....mkn tengahari kfc relaxxxxx ja.....huhuhu
aku pn pkiaq byk kali jgk.......agak2 la nk tunjuk kaya pn...hehehe
posing sokmo kawe....hahahahaha

KEPADA CUCUK........amir mintak maaf tau sal SYAZWAN 2...hahahaha....
mmg lawak la bila pkir2 balik......ntah ape2.....amir pn satu...x pkiaq pa dh....main balun ja...
huhuhuhuh...sorry cucuk.......mesty kmu sakit ati kn amir ckap mcm2 kat kmu....maafkan amir yea..
amir salah pham semua 2....huhuhuhu....amir salah....i'm sorry....huhuhu....
sebagai pengekat lagi mesra hbungan kita....amir tukaq nama laman web blog amir tau!!!hehehe
                             http://zatiradaihatsu.blogspot.com/                         
haaaa...nie la namanya.....lawa x cucuk...steady x?????hehehe....
gabungan nama kita dua nie....specel 4 u!!!!daihatsu 2 jenama jerw...amir suka jenama 2...tau..
LOVE U 4EVER!!!
 haaaa....nah...KHAS UNTUK KAMU!!!!HEHEHEHE...SUKE X???