Friday, January 20, 2012

Bagaimana hendak mulakan pelaburan emas?

Assalamualaikum..... pembaca semua... :-)

Ramai yang tanya bagaimana hendak memulakan pelaburan emas? Jawapan saya amat mudah, jika anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi anda sudah boleh memulakan pelaburan emas. 
 
Bila masa yang sesuai untuk membeli emas?

Bagi anda yang baru hendak memulakan pelaburan emas, anda tidak perlu tunggu masa yang sesuai. Ada duit cukup, jalan...

Kalau beli sekarang harga akan turun, nanti aku rugi la...

Jangan ada mindset seperti ini, anda beli emas bukan beli handphone atau kereta. Ingat walaupun rugi dalam RM 10 (Katakan la....) harga emas akan naik dalam 20-40% setahun. Beli sekarang tunggu dan sabar...

Kalau dah beli nak buat apa dengan emas tu?

Ok, jika anda sudah membeli emas, apa lagi simpan la... Ingat emas yang anda beli bertujuan untuk pelaburan... Kalau nak simpan, simpan dalam tempoh masa yang panjang, setahun baru nampak hasil

Kalau beli rantai emas sesuai tak?


Rantai emas kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana nilai spread jualannya yang agak tinggi. Yang paling sesuai ialag goldbar berketulenan 999.


Kalau saya simpan Dinar/Emas kena keluar zakat tak? 

Wajib bila sudah cukup nisab, bagi emas yang disimpan berat yang wajib dikeluarkan zakat ialah 85gram dan keatas. Jika dinar emas ia bersamaan 20 Dinar emas. Jumlah yang perlu dikeluarkan zakat ialah 2.5%

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!
Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)
Di sini saya hendak share  tentang panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda...


Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak?

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
1. Syiling emas
2. gold bar.
Jika susah nak simpan,  anda boleh buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.( tapi dengar kata kalau bukak akaun simpanan nie memang rugi....nanti saya akan terangkan dgn lebih lanjut mengenai ini....hasil drp kajian saya)

Hendak buat pelaburan emas fizikal ada banyak pilihan...:-)

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

Syiling Kijang Emas

.
Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:
- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin

Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank
 
 
Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.

Syiling emas Public Gold 50 gram (24K)
.
.

Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K)

.
Ini gambar PAMP Suisse gold bar:
.
.

gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya
 
. 
Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)

Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
.
Gambar Dinar Emas Kelantan
.


p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama. .
.

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.

Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, anda boleh membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)


Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.



so...sedikit sebanyak kita dah tahu kan bagaimna hendak mulakan utk pelaburan emas nie....
okla,seprti kita tahu yang pelaburan emas ni ada 2 jenis iaitu dengan membeli emas fizikal atau membuka akuan simpanan emas.Emas fizikal aku recommend emas Public Gold sebab mempunyai faktornya yang mempunyai spread atau susut nilai yang rendah sebab Public Gold ni mempunyai kilangnya sendiri berbanding emas fizikal yang lain seperti syiling kijang emas,produk emas dari UOB Bank dan kedai emas yang tidak memiliki kilang sendiri untuk membuat emas.Selain itu emas Public Gold juga senang untuk dibeli dan sentiasa ada stock walaupun pada waktu yang mempunyai permintaan tinggi.Selain tu kita tidak perlu risau yang bungkusan emas rosak atau emas tu rosak dan calar kerana pihak Public Gold tetap akan menerimanya semula.
pelaburan%2Bemas Awas Kelemahan Pelaburan Emas
Tapi hari ni aku nak cerita tentang akaun simpanan emas.Akuan simpanan emas yang terkenal kita tahu ialah GSPA dan GIA,yang terbarunya ialah KFH yang mengikut syariah.
pelabur%2Bemas Awas Kelemahan Pelaburan Emas
Semalam selepas aku buat reserch tentang akuan simpanan emas terdapat bayak fakta tentang di sebalik simpanan akaun emas ini.Aku dapat ini dari http://goldsilver4u.blogspot.com/.So aku just copy antara kelemahannya berdasar pengalaman tuan punya blog tu sebab aku takde pengalaman dalam membuka akuan simpanan emas ni.
Fakta:
1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.
2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.Sebagai contoh untuk akuan GSPA pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.Sebagai contohnya untuk akuan GIA anda hendaklah meninggalkan sekurang-kurangnya 2gram didalam akuan untuk akuan kekal aktif dan dikenakan servis cas RM10 pada awal tahun untuk simpanan kurang 10 gram pada hujung tahun.
4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.
5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.
6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?
7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!
8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.
9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar. 


So,korang fikir-fikirkan sebelum memulakan pelaburan emas.Cuba teliti kelemahan di sebalik pelaburan tu.Yang pentingnya akuan simpanan emas ni tidak tahu status halal atau haramnya kerana majlis fatwa tidak keluarkan apa-apa tentang akaun simpanan emas ini.

 kat sini saya akan kemukakan 10 sebab saya menyimpan dan melabur EMAS.



Antaranye:

1-untung 20-30%
2-kalis inflasi
3-risiko rendah
4-kalo berlaku peperangan,emas boleh digunakan dimana2...
5-boleh dijual ,untung atas jualan
6-emas adalah kekayaan sebenar
7-bole wat hantaran atau hadiah
8-emas sangat cantik
9-Logam yang sebenar2nya
10-disukai ramai
11-asas tabungan...
12- mcm2 lagi la...hehehe

Harga Emas Harian

Ini adalah kompilasi harga-harga emas di Malaysia dan Dunia.
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas (Bank Negara Malaysia)
2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
3. Harga Emas Syarikat Public Fine Gold (Public Gold)
4. Harga Emas Syarikat Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Physical Gold Products
7. Harga Emas UOB Gold Saving Account (GSA)
8. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
9. Harga Emas dunia (spot gold)
10. Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram
11. Harga Harian Emas Maybank Gold Investment Account (GIA)
12. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Account- i (KFHGA-i)
13. CIMB Gold Deposit Account
11..
Artikel mengenai cara pengiraan emas boleh dibaca di sini:
1. Cara termudah mengira harga emas part #2 (klik sini)
2. Bagaimana mengira harga emas part #1 (klik sini)


p/s :  Langkah permulaan dalam menjana ekonomi berbentuk Islamik, yang pada mulanya mendapat tentangan dari setengah pihak. Petikan2 ayat Al Quran tentang dinar dan dirham.
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya".
(Surah Al Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..."
(Surah Yusuf : 20 )

Tak dinyatakan penggunaan wang kertas, yang sememangnya dipelopori musuh Islam sekian lama.


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)

Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)


Mudahan tertegaknya pemerintahan Islam yang kita nantikan, bukannya disebabkan Islamnya pemimpin itu, tapi roh Islam yang harus bergerak dalam merangkumi semua aspek kehidupan.

Tuesday, January 17, 2012

Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA!!! Dimana nak MELABUR?


Hari ini saya nak bercerita tentang pentingnya pelaburan. Untuk sesi ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.

1)
Labur dalam bank – ni pun kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa

2)
Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu aku koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah


3) Simpan Dalam Tabung Haji – Ni pun bagus, selain boleh dapat 'queue' untuk pegi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tidak payah nak risau pasal zakat kerana Tabung Haji sudah bayarkan zakat. Kira OK juga ni.



4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia) – ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf.

Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudah OD ini, untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak
.tetapi mufti selangor telah mengeluarkan fatwa bahawa pelaburan di ASB adalah HARAM....wallahu'alam...

5)
Labur dalam Unit Trust – Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewanga (mcm Public Mutual, pru fund mgmt, CIMB wealth advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.

Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 hingga 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugi. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan .


Member saya sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan .... mcm rugi je ... 

Nak tahu cerita lanjut tentang cth Unit Trust, Public Mutual. Public Mutual BUKAN SUATU SIMPANAN. Ia merupakan satu bentuk pelaburan dalam saham amanah. Jika saudari beli hari ni dan berhasrat mendapatkan balik duit Sdri (samada untung atau rugi) ia memerlukan "tempoh bertenang" selama 2 minggu. Dengan lain perkataan, bukan seperti ASB masuk hari ini, sebentar lagi boleh dikeluarkan kesemuanya, sdri perlu menunggu 2 minggu sebelum mendapat CEK hasil penjualan saham amanah Public Mutual sdri. Selain drpd itu ASB adalah suatu produk saham amanah yang digerenti modalnya tak kurang RM1.00(dollar to dollar). Manakala Public Mutual pula tidak menjanjikan apa2, dengan kata lain, ianya akan turun-naik. Yang pasti sebaik Sdri membeli Public Mutual, Sdri akan kehilangan modal tak kurang RM0.05 (5 sen) akibat "fee" belian.

Selain drpd "entrance" fee, ada juga fee yg lain yg dikenakan ke atas para pelabur. Antaranya adalah "maintenance fee", "management fee" dan "exit fee". Jumlahnya bergantung kepada "fund" yang berkenaan. Pelaburan saham amanah termasuk Public Mutual banyak berkait kepada pasaran saham, bergantung kepada jenis bentuk pelaburan sesebuah "fund", ada juga "fund" yg menfokuskan pasaran saham luar negara. Pelaburan saham amanah ada risiko. Rata-rata unit saham amanah Public Mutual memberi pulangan kurang drpd 8%(lapan peratus). Suatu ketika dulu ramai yg menjerit dan terkedu kerana banyak pelaburan EPF mereka yg dilaburkan di unit amanah hilang nilai. Mana tidaknya harga belian RM1.00 ada di antara saham amanah sekarang ini harganya cuma RM0.10 (10 sen).


Satu perkara yg pasti adalah hanya "agen" jualan saham amanah ini yang UNTUNG. Kenapa tidak, minimum komisen terhadap penjualan saham amanah adalah
2.5%-4.5%, jika lebih tinggi taraf seseorang itu, tinggi lagi komisennya. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan pembelian saham amanah atau unit trust.

6)
Simpan dalam bentuk EMAS – Ada 2 PILIHAN:
1) Buka Buku Simpanan Emas mcm Gold Investment Account, Maybank atau Kuwait Finance House dan sebagainya
2) "EMAS FIZIKAL" dalam seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas keluaran "Public Gold".

Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106.

Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?

Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.

Contoh beli pada
1 JAN 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 DEC 2010, harga belian ialah RM130,
Kira untung RM (130 – 106)/106 % = 24.5%
Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri


Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1.0% (Normal Dealer) / 1.5% (Priority Dealer) / 2% (Master Dealer) dari harga emas yang anda jual.


Saya sendiri nak melabur emas tahun ni ... kita tengok hasil 2012 nanti :-) ..





7) HARTANAH – This is what I favour the most!! Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi dengan Azizi Ali pun recommend agar melabur atau invest dalam property atau hartanah. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu.


Nak invest dalam property modal kene modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan.


Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh


Nak beli property aku suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.


Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong.


Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya.


8)
SAHAM – Aku tahu sikit-sikit pasal saham pasal kompeni ada bagi aku ESOS. Aku nampak ada dua jenis cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kene sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nk turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada engkau dgn knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun penting.

Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran


9)
CPO – Crude palm oil, saya tak tau sangat. 

10) FOREX – ramai yg rugi ... tapi ade orang yang boleh berjaya benda ni. Tapi BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX. Semua kegiatan FOREX berlaku diluar negara...untuk kes kwn saya...kwn saya selalu bank-in duit guna Western Union, CIMB. then TT kat Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata bleh untung banyak (mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang aku dgr ramai gak yang rugi. Mcm biasa, high risk, high return.

11)
Bisnes – Ada duit cukup try meniaga, meniaga kain, meniaga burger. contoh burger, modal rm1.50, bleh jual rm2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung 67% tapi terjual cuma sebijik bege pun tak guna jugak. Rappo baik dgn pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dh boleh untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat rm2k tu

Bisnes
MLM? Mungkin ramai yang sudah mengenali apakah itu MLM (Multi Level Marketing). Walaupun sedemikian, masih ingin saya berkongsi kepada pembaca 5 kelebihan MLM yang asas yang perlu pembaca tahu.

1. Modal Kecil
Kebanyakan syarikat MLM menawarkan modal yang cukup rendah untuk menjadi pengedarnya yang sah. Namun ia mampu memberi pulangan yang cukup besar. Ini kerana ia berkonsepkan perniagaan pelbagai peringkat. Perniagaan anda berjalan melalui ‘downline’ yang anda taja. Andai kata anda sakit dan terpaksa berehat, perniagaan anda tetap berjalan.

Memulakan perniagaan sendiri memerlukan modal yang cukup besar. Sebagai contoh, perniagaan berasaskan burger memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 2000. Itu termasuk modal untuk pembelian stok (daging, roti dan sebagainya), tempat perniagaan, dan sebarang peralatan yang diperlukan untuk memasak. Perniagaan konvensional sebegini memerlukan tenaga yang cukup tinggi. Mungkin anda perlu bekerja keras 12 jam sehari bagi memastikan modal kembali dan juga sedikit keuntungan.

2. MLM Tidak Memerlukan Tempat Khas
Pasti ramai yang sedia maklum, perniagaan MLM tidak memerlukan pengedarnya mempunyai bangunan khas untuk pengedarnya melakukan perniagaan. Ini bermaksud, pengedarnya bebas melakukan perniagaan di mana sahaja, tidak terikat pada satu tempat sahaja.

Malah, seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pengedar MLM juga boleh melakukan pemasaran melalui internet, mungkin dengan penggunaan blog, laman web dan juga jaringan social seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.

Maka, tiada kos yang tinggi diperlukan untuk menyewa atau membeli bangunan khas untuk tujuan pemasaran, sekaligus dapat mengurangkan modal. Anda juga boleh melakukan pemasaran ke seluruh negara dan juga di luar negara tanpa memerlukan tapak khas. Bukankah ini hebat?

3. MLM Tidak Memerlukan Kelulusan dan Kemahiran Yang Tinggi.
Melibatkan diri dalam perniagaan MLM tidak memerlukan pengedarnya memiliki kelulusan diploma mahupun ijazah. Memadai sekiranya anda pandai membaca, menulis dan mengira. Dan yang paling penting, keinginan untuk berjaya haruslah tinggi dan sanggup menghadapi rintangan yang bakal mendatang.

Dunia telah menyaksikan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan MLM tanpa mempunyai sjil diploma ataupun kelulusan ijazah dalam bidang perniagaan. Ini menjadikan golongan pelajar yang masih belajar di universiti mahupun di kolej juga boleh melakukan perniagaan MLM. Apa yang perlu dilakukan hanyalah sekadar mendapat bimbingan daripada ‘upline’ anda dan seterusnya melakukan pemasaran.

4. Risiko Rendah
MLM merupakan perniagaan yang bergerak secara jemaah melalui penajaan. Dengan konsep ini, ia menjadikan MLM perniagaan yang berisiko rendah. Sebab itulah, ada saatnya ketika anda berehat, anda masih melakukan pemasaran kerana ‘downline’ anda melakukan pemasaran dengan aktifnya.

5. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri
Ramai yang merungut kerana keletihan selepas seharian bekerja di pejabat. Malah, jika kerja yang dilakukan tidak memuaskan hati pihak atasan, terpaksalah melakukan kerja yang lebih kurang sama sekali lagi. Lebih memeritkan apabila gaji yang diperolehi tidak selari dengan tenaga yang dialirkan.

Dengan MLM, anda adalah bos kepada anda sendiri. Anda tidak terikat dengan sesiapa untuk bekerja. Anda bebas menentukan waktu kerja anda, sama ada pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Anda juga bebas bergerak ke mana sahaja, tidak terperuk 12 jam di tempat yang sama.

Ciri-ciri inilah yang menjadikan perniagaan MLM sesuai dijadikan sumber pendapatan utama mahupun sampingan. Mungkin ada yang memandang rendah dan memandang serong pada perniagaan MLM, namun janganlah sehingga kerana ada yang mencalit debu, terus anda menutup mata.
* Ingat !! MLM yg molek adlah MLM yg tidak mengamalkan sistem Piramid !! Sistem piramid adalah HARAM...ini hasil ijtimak drp ulamak2 seluruh dunia....
# saya pn ad join MLM nie.....mybe anda semua ramai yg x tahu lagi sal bisnes nie...iaitu REDLIFE SDN. BHD.. apa itu Redlife??
Redlife Sdn Bhd adalah sebuah syarikat terbaru yang muncul di Malaysia sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan networking marketing.
Kelebihan menyertai syarikat ini ialah, produk yang dikeluarkan adalah produk di bawah syarikat sendiri dan bukanlah sebagai wakill jualan kepada produk syarikat lain yang mana harga terpaksa ditingkatkan daripada asal. Oleh itu, untuk menyertai syarikat ini, modal adalah serendah Rm 390 dan pelanggan akan mendapat barangan setimpal dengan nilai duit yang di bayar. Dengan demikian, syarikat telah menunjukkan bahawa tidak ada permakaian duit yang berlaku dalam sistem perniagaan ini. Dengan modal serendah itu, syarikat akan berusaha untuk membantu usahawan yang berani meningkatkan pendapatan dengan bantuan latihan dan semangat motivasi untuk berjaya.peluang yang boleh didapati daripada Redlife Sdn Bhd, seperti yang telah dikatakan tadi syarikat ini masih baru dan peluang untuk menjadi yang terawal masih terbuka. dengan keahlian sehingga kini belum mencecah 600 orang seluruh Malaysia,anda boleh bayangkan betapa luasnya peluang yang masih tersedia untuk berjaya dalam perniagaan ini..:-)
utk mengetahui dengan lebih lanjut....anda boleh melayari laman website kami....http://www.goredlife2u.com/?id=amir_izzat
dan anda bleh baca di post saya yang sebelum2 nie mengenai REDLIFE....http://amirdaihatsu.blogspot.com/2012/01/minat-bisnes-menganggur-jom-join.html
yang penting....bisnes nie menggunakan sistem pairing yang mna sistemnya sgt adil dan tidak berlaku penindasan dimana2 pihak...:-)
~ Kepada mereka yang sudah melibatkan diri dalam perniagaan MLM, Selamat Maju Jaya saya ucapkan. Semoga ‘networking’ anda terus berkembang dengan hebatnya!

12)
Beli Tanah - Beli tanah dan buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Pasal buat duit dgn tanah, kene berguru dgn org yg pakar ler...hehe

13)
Invest dalam insuran - Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat.For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual (seingat aku la coz aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi, bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau ko mati or ko lumpuh, insuran bayar sedebuk kat ngko. Nak tahu lebih lanjut atau ambil insuran, kontek la pejabat-pejabat insuran yang terdekat dengan tuan puan.
Lastly, jangan masuk SKIM CEPAT KAYA ataupun PENIPUAN (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu. Kalaulah company tu boleh bagi 15-20% sebulan, kenapa tak masuk BSKL, kenapa tak pernah dengar dalam CNN MONEY, BLOOMBERG etc.. Pendekkan cerita, semua pelaburan hendaklah berdasarkan kepada FIZIKAL. Contoh, kita beli rumah, kita nak tengok rumah tu sendiri (bukan tengok dlm kertas, dlm powerpoint dan sebagainya), kita boleh duduk rumah tu, pegang rumah tu. TAPI kalau penjual menawarkan rumah, tapi bagi geran tanah atau geran rumah SAHAJA, TANPA melihat rumah fizikal...*kuang*kuang*kuang... TIPU LAH TU!!!! Begitu juga dengan benda benda yang lain.... akhir kata dari saya...Berhati-hati lah!!!!
by :- http://www.publicgoldsabah.com/2011/01/jenis-jenis-pelaburan-di-malaysia.html


SEMAKAN ON LINE TAWARAN KPLI J-QAF | KURSUS LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH 2012 Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya untuk permohonan KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH [KPLI-SR j-QAF] bagi ambilan januari 2012. Berikut merupakan link untuk anda membuat semakan samaada anda berjaya atau tidak untuk mengikuti kursus KPLI j-QAF untuk pengambilan 2012. 
http://apps1.moe.gov.my/kpli/twr12/index.cfm


Kepada pemohon KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH j-QAF yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan status permohonan anda secara on line.

saya ucapkan sekalung tahniah kepada kakak senior saya....
julaiha bt garif... permohonannya telah berjaya....
 (kakak saya yg cute,comot n nakal...hahaha)
dan sorang lagi kakak senior aku yg garang!!haha...
tapi hati ada taman...heee~
(x anggap mcm aka saya pn tapi anggap mcm mak..haha..membebel sokmo..ngeh3)

Alhamdulillah....murah rezeki mereka...
dpt dekat dgn rumah lak 2....huhuhu,,,jelez nehh...
saya pn suatu hari nanti nk jadi macam akak jugak...
nk jadi seorng guru....
tapi INGAT!!!
Sape kata jadi cikgu SENANG?
Bila ampa jadi cikgu..Baru ampa tau susahnye jadi cikgu..

time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..

time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..

cikgu.. serba boleh... ^_^
2 sbb saya suka jadi cikgu!!!
semua pekerjaan kita leh buat...hehehehe
dan pekerjaan cikgu sgt2 mulia....

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemohon.. Diharap dapat menjadi guru yang berguna kepada agama ,bangsa dan negara..!!
aminn Ya Allah....


 (mak aku yg disayangi...lama dh x balik jumpa mak,,hmm)

p/s : mak aku pn cikgu jgk....patotla darah aku mcm nk jadi cikgu ja...hahahaha......mak borek anak rintik...ngeh333