Friday, November 5, 2010

NEGERI KU BANJIR TEROK!!!!!!!

BANJIR PALING TERBURUK DI KEDAH!!!

ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Angka tersebut lebih sekali ganda daripada angka pemindahan yang dicatatkan dalam banjir besar yang melanda pada tahun 2005 apabila 21,000 penduduk dipindahkan.
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,569 orang berbanding kira-kira 25,000 kelmarin ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang manakala keadaan banjir di Padang Terap semakin baik.
Di Kubang Pasu, seramai 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga dipindahkan manakala di Padang Terap, 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan.
Banjir di Kota Setar melibatkan 8,184 penduduk, Pokok Sena seramai 1,281 orang dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk yang dipindahkan.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.pagi tadi mak aku tepon........pkol 8.10 pg...mak aku tnya baru bangkit tdoq ka nie???
hahahaha.....kantoi.......coz aku tgok balik ada 5 mizcal mak aku.......huhuhuhuhu...
tp sebolom aku tgok 2 aku kata x de la mak....dok bilik kawan nie.....hehehe...
padahal aku x tahu yg sbolom nie mak aku call aku x angkat2....haa...ambik ko....padan muka aku..
tipu mak lagi.......x bek la......ish3....apa nk jadi....huhuhu...tp segan la kn law kata bru bgun...
hahahahha.....sbb kat rmah aku slalu bgun awal...hehehe....bgun awal la sgt.....
pas2 mak aku habaq la kata umah tok aku kat alor star 2 bah terok......
mak aku kata smpai tara TETEK dh aihhh ayaq bah dok naik.....huhuhuhuhu,,,,terok 2....
istilah tetek jugak yg terkeluaq.......kata la dada...kn sopan...huhuhuhu....
eleh....mcm la aku sopan sgt....wahahaha....
mak aku kata nk balik kmpung tgok tok aku pn x bleh....
jalan utama semua katop...dh x dk jalan lain dh nk p.....huhuhuhuhu...
mak aku dok sedih la 2...tok aku dh la dok sorg2......barang2 byk x dpt diselamatkan....
cian.........mcmna la nasib tok aku...nasib bek umah tok aku 2 tngkat...jd dya dok kat tgkat atas la...
huhuhuhuhu......mana perginya org2 yg ambik p balai raya atau tempat pemindahan mangsa banjir???
ntah la....x dn lak nk tnya mak aku...huhuhuhu
pas2 mak aku kata...nmpaknya kena raya kat rmah je la...x balik kmpng la jawabnya....
tp mak aku ambik tok aku la ty.....huuuhu....
x pe....jgn wisau......jgn mengeluh...2 semua hnya dugaan....kita sbgai hmba wajib tabah dan sabar....
jgn berputus asa dn yg penting jgn menyalahkan ketentuan Ilahi.......
redolah atas ketentuannya......ada himak di sebalik setiap kejadian 2...insyaAllah....

 ambihhh....seronok sgguh depa men ayaq......budak2 mmg ckup syok law bnjir...huhuhuhu...
kat sini antara tempat2 pelindungan sementara bg mangsa banjir.....(sek.keb.titi gajah)dekat umah tok aku nie.


Lapangan terbang Alor Setar ditutup kecuali perkhidmatan helikopter

November 03, 2010
PETALING JAYA, 3 Nov — Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah akan ditutup sehingga esok kepada semua penerbangan, kecuali perkhidmatan helikopter, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chong Ha.
Beliau berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas terutamanya di wilayah utara Semenanjung Malaysia mengakibatkan banjir melanda kawasan berkenaan dan memaksa penutupan lapangan terbang itu sejak semalam.
“Kami ingin memohon maaf disebabkan keadaan yang tidak dijangka ini berikutan keadaan cuaca,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, di sini hari ini.
Lapangan terbang itu mengendalikan penerbangan MAS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur tiga kali sehari; penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali); dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali).
Lapangan terbang itu terletak 12 kilometer dari Alor Setar dan dapat mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.
Kong berkata lapangan lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu masih beroperasi seperti biasa.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata pelanggan syarikat penerbangan negara yang telah menempah tiket penerbangan ke Alor Setar dan tidak dapat menaiki penerbangan disebabkan penutupan lapangan terbang dibenarkan menjadualkan semula penerbangan atau memilih destinasi paling hampir.

Firefly tangguhkan penerbangan sehingga ahad
KUALA LUMPUR: Firefly, syarikat penerbangan komuniti Malaysia telah menggantung operasinya di Alor Setar sehingga Ahad berikutan keadaan cuaca buruk dan penutupan Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid.
Ketua Pemasaran dan Komunikasinya Angelina Fernandez berkata, Firefly menyedari kesulitan yang dihadapi penumpang tetapi keselamatan mereka menjadi keutamaan syarikat sepanjang masa. “Kami sedang mencari langkah-langkah alternatif untuk menangani masalah kecemasan, terutamanya penumpang Firefly yang menyambut perayaan Deepavali (esok) dan perkara-perkara lain berkaitan perniagaan atau perjalanan liburan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Para penumpang diingatkan agar memastikan butir-butir hubungan mudah alih mereka adalah yang terkini dan aktif bagi pemakluman sebarang penangguhan atau pembatalan penerbangan menerusi pesanan ringkas.
bernama
Lapanagan terbang Sultan Abdul Halim di tutup dan seorang pelajar maut
PADANG TERAP, 2 Nov – Seorang pelajar tingkatan satu mati lemas selepas terjatuh semasa dia sedang memancing di sebuah sawah yang ditenggelami air di Kampung Charok Bongor di sini petang ini.
Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semasa Mohd Zaki Amani Shaari, 13, sedang memancing bersama abangnya.
“Keadaan sawah yang ditenggelami air lebih lima meter menyebabkan Mohd Zaki tidak dapat diselamatkan oleh abangnya selepas dia tergelincir,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata mayat Mohd Zaki dijumpai oleh orang kampung kira-kira pukul 6.20 petang semasa warisnya sedang membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis.
“Mayat Mohd Zaki ditemui oleh orang kampung berhampiran tempat dia jatuh,” katanya dan menambah mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, tiga penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini pada petang dan malam ini, dibatalkan ekoran lapangan terbang itu terpaksa ditutup akibat air naik sehingga ke landasan.
Ketua Unit Operasi LTSAH Abdul Rashid Md Yusob berkata, air naik ke landasan itu akibat limpahan banjir dari kawasan berhampiran.
“Ketiga-tiga penerbangan itu melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, AirAsia ke Kuala Lumpur dan FireFly ke Subang (Selangor),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini..
Katanya, empat penerbangan yang dijadual akan berlepas pagi esok turut dibatalkan manakala penerbangan sebelah petang bergantung kepada keadaan.
Jadual pagi esok melibatkan dua penerbangan pesawat MAS ke Kuala Lumpur, satu pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur dan satu pesawat FireFly ke Subang.
Bernama

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 8 tafsirnya :

"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat sebagai kurnia daripada-Nya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya dan orang lain dari jalan Allah".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 214 tafsirnya :

"Mereka telah ditimpa kepapaan kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersertanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah".

No comments:

Post a Comment