Saturday, December 31, 2011

HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU HARUS KE HARAM???

Kita berada di ambang tahun baru 2012. Tahun 2011 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah.Mungkin dalam kehidupan kita sendiri, mempunyai sejarah pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun ini yang akan kekal sepanjang hidup kita. Semua ini mengajar satu erti hidup dan kisah bersama. 

Berbalik kepada sambutan tahun baru yang bakal diadakan sebentar lagi, terutama sekali sambutan diperingkat negeri dan negara. Soalnya sekarang, apakah hukum menyambut tahun baru masihi?

HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;


a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.

Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal. 

Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat dan HARAM.
Baca pandangan penuh Ustaz Zaharuddin di bawah.
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
p/s: tadi saya ad ternmpak status friend fb saya mcm nie....
        HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU........
-bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah. Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD.

Na 'uzubillah. Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
wallahua'lam.. (^__^)


SELAMAT TAHUN BARU 2012

3 IDIOTS!!!! ANTARA KESERONOKAN DAN REALITI dalam kehidupan kita

3 IDIOTS!!!! ANTARA KESERONOKAN DAN REALITI…

ALL Izz Well..kata2 yang paling banyak kat muka buku aritue..
Mesti ramai diantara kita suka tengok cerita nie, betul tak ???. Ye la hari tue, TV3 ada siarkan cerita nie bukan sampai ada 2 hari baru cerita tue habis kan dan banyak la status yang meleret kat muka buku nie termasuklah aku,tengok betapa besarnya pengaruh media dalam kehidupan kita…Okey,aku sebenarnya nak kupas tentang cerita nie,aku bukanlah seorang pengkritik yang bertaraf 5 bintang tapi aku hanya mahu memberi pandangan yang sedikit sebanyak mungkin dapat membantu kita mengadapi liku-liku hidup ini dengan penuh kesedaran..insyaallah.
Cerita nie tak payah lah aku nak beri synopsis yang panjang lebar, mostly korang semua mesti tahu kan tentang jalan cerita tue..bagi yang tak tahu try lah google or Tanya pada kawan-kawan yang lain,kalau nak tahu detail lagi pergilah tengok sendiri. Bagi yang tengok cerita tue dengan pandangan nafsu, dia takkan nampak langsung pengajaran yang terkandung dalam cerita tue..abis tidak pun dia akan puas sebab dapat release tension n akan komen cerita tue tentang persahabatan yang sejati dan abadi…TAPI kalau seseorang tue menghayati dengan pandangan mata hati insyaallah dia akan nampak lebih lagi di sebalik jalan cerita tue.
Gambar favourite aku...
Watak utama dalam cerita ini ialah Aamir Khan ataupun yang lebih dikenali sebagai Ranchoddas Shamaldas Chanchad (rancho) merupakan seorang pelajar kejuruteraan di Imperial College of Engineering (ICE). Rancho  menuntut di sini kerana dia ingin mendapatkan segulung ijazah untuk Ranchoddas...kalau kita perhatikan imbas kembali dalam filem ini, kita akan dapati rancho sebenarnya memang suka menuntut ilmu sejak kecil lagi.Pada waktu kecil dia pergi ke sekolah dengan menyamar sebagai anak Ranchoddas. Anak Ranchoddas yang sebenar tidak minat untuk belajar,maka dia selalu menyuruh orang suruhannya (Aamir khan) menggantikan tempatnya untuk ke sekolah. Minat yang mendalam terhadap menuntut ilmu nie telah sebati dengan jiwanya sehingga dia mampu menyelesaikan soalan matematik  pelajar gred 10. Akhirnya penyamaran  Rancho ini terbongkar dan Ranchoddas bersetuju supaya dia meneruskan pembelajaran tapi dengan syarat dia mahu segulung ijazah kejuruteraan sebagai galang gantinya.
SILENCER....
Rancho ataupun  nama sebenarnnya Phunsukh Wangdu percaya kepada kejayaan dalam pembelajaran bukanlah bergantung kepada menghafal fakta-fakta di dalam buku tetapi memahami  dan mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kehidupan sehariannya…jika hendak dibandingkan dengan “SILENCER” yang lebih suka menghafal fakta-fakta yang terkandung dalam buku daripada memahami apa yang dipelajarinya. Okey akhirnya kita nampak akibat yang  diterima oleh “SILENCER” ketika dia menyampaikan ucapan bagi meraikan kedatangan Timbalan Menteri Pendidikan ke Imperial College, Rancho telah menukar beberapa perkataan di dalam teks ucapan tersebut sehingga “SILENCER” menjadi bahan ketawa di kalangan pelajar ICE. Betul tak???? , ye la perkataan “miracle” ditukar kepada “raped”...tapi SILENCER tak sedar pun, sebab dia menghafal teks ucapan tue bukannya memahami apa yang dia ucapkan.
Tiga sahabat...
Okey aku rasa sampai di sini synopsis aku…sekarang kalau kita dalami peristiwa ini dengan betul2 kita, akan dapat iktibar yang sesuai untuk kita jadikan pengajaran…Cuba kita perhatikan Rancho menuntut ilmu kerana dia memang suka menuntut ilmu, bukan hanya untuk mendapatkan segulung ijazah semata. Kalau kita bandingkan  kita menuntut ilmu hanya untuk mendapat segulung ijazah kerana kita percaya bahawa ijazah ini mampu memberikan kita pekerjaan yang baik di masa hadapan. TAPI kita lupa tentang kepentingan ILMU itu sendiri..akhirnya lahirlah golongan yang berjaya seperti SILENCER yang hanya tahu menghafal tapi tak tahu nak mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan. Kalau kita tengok, orang macam nie selalu dapat DEAN LIST tapi hakikatnya tak tahu apa-apa pun tentang ilmu yang dipelajari…akibatnya bila dah abis 1 semester, maka ilmu yang dia belajar tue dia akan lemparkan jauh entah kemana. Bahananya dia akan rasa bila naik semester-semester yang seterusnya bila ilmu yang dia belajar dahulu perlu dipakai kembali…maka waktu itulah mulalah sibuk mencari nota-nota lama untuk dipelajari semula.
Disini aku bukanlah ingin mengutuk sesiapa TETAPI aku menulis ini untuk memberI peringatan kepada diri aku dan kawan-kawan lain bahawa ilmu ini bukanlah hanya untuk dihafal tapi diguna pakai sepanjang kehidupan. Betulkan niat kita sewaktu menuntut ilmu itu, jangan menuntut ilmu sekadar untuk LULUS periksa tapi kita kena percaya kepada konsep menuntut ILMU sepanjang hayat..ataupun lebih dikenali di kalangan bijak pandai sebagai “LONG LIFE LEARNING CONCEPT”.
Selain itu, kita sebagai orang islam kena tahu bahawa menuntut ilmu itu merupakan tuntutan agama ISLAM ..bah kan kalau orang yang mati kerana menuntut ilmu adalah mati syahid di sisi ALLAH. Malah ada juga pepatah arab yang sesuai untuk kita ambil iktibar "ilmu tanpa amal, adalah umpama,pokok yang tidak berbuah"...renung-renungkan dan selamat beramal. 
by : http://anguk2geleng2.blogspot.com/2011/12/3-idiots-antara-keseronokan-dan-realiti.html
P/S: Kepada kawan2 yang nak ambil periksa…exam dah tak lama dah so rajin-rajinlah mengulangkaji pelajaran…dah tengok 3 IDIOTS kan…so ambillah iktibar dari cerita tue…kalau tak nak ambil iktibar tak tahulah nak cakap macam mana…apa-apapun GOOD LUCK WITH YOUR EXAM :)

Friday, December 30, 2011

MAI BELAJAQ LOGHAT KEDAH, PASNI JANGAN DOK HABAQ HAMPA XTAU DAH NOO...ahaha:-p


MAI BELAJAQ LOGHAT KEDAH, PASNI JANGAN DOK HABAQ HAMPA XTAU DAH NOO...ahaha:-p


1. Qengau = cakar
2. Seqeyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Peqembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam
150. Pancoq = paip air
151. Lohoq = zohor

Thursday, December 29, 2011

InsyaAllah...Saya akan menjadi JUTAWAN...!! amin..Ya Allah...

APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi Jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja lebih daripada 70 jam seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, merekalah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja kurang daripada 40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan usaha anda!
**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan. Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain. Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, Jutawan akan tahu cara untuk menjana dua juta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang Jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan Jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan Jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan Jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV, suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap Jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, Kelab Jutawan bukanlah untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan Jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi Jutawan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin sukar untuk mencapai Jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no shortcuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin Jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke Kelab Jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan bersedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.