Friday, January 20, 2012

Bagaimana hendak mulakan pelaburan emas?

Assalamualaikum..... pembaca semua... :-)

Ramai yang tanya bagaimana hendak memulakan pelaburan emas? Jawapan saya amat mudah, jika anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi anda sudah boleh memulakan pelaburan emas. 
 
Bila masa yang sesuai untuk membeli emas?

Bagi anda yang baru hendak memulakan pelaburan emas, anda tidak perlu tunggu masa yang sesuai. Ada duit cukup, jalan...

Kalau beli sekarang harga akan turun, nanti aku rugi la...

Jangan ada mindset seperti ini, anda beli emas bukan beli handphone atau kereta. Ingat walaupun rugi dalam RM 10 (Katakan la....) harga emas akan naik dalam 20-40% setahun. Beli sekarang tunggu dan sabar...

Kalau dah beli nak buat apa dengan emas tu?

Ok, jika anda sudah membeli emas, apa lagi simpan la... Ingat emas yang anda beli bertujuan untuk pelaburan... Kalau nak simpan, simpan dalam tempoh masa yang panjang, setahun baru nampak hasil

Kalau beli rantai emas sesuai tak?


Rantai emas kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana nilai spread jualannya yang agak tinggi. Yang paling sesuai ialag goldbar berketulenan 999.


Kalau saya simpan Dinar/Emas kena keluar zakat tak? 

Wajib bila sudah cukup nisab, bagi emas yang disimpan berat yang wajib dikeluarkan zakat ialah 85gram dan keatas. Jika dinar emas ia bersamaan 20 Dinar emas. Jumlah yang perlu dikeluarkan zakat ialah 2.5%

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!
Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)
Di sini saya hendak share  tentang panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda...


Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak?

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
1. Syiling emas
2. gold bar.
Jika susah nak simpan,  anda boleh buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.( tapi dengar kata kalau bukak akaun simpanan nie memang rugi....nanti saya akan terangkan dgn lebih lanjut mengenai ini....hasil drp kajian saya)

Hendak buat pelaburan emas fizikal ada banyak pilihan...:-)

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

Syiling Kijang Emas

.
Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:
- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin

Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank
 
 
Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.

Syiling emas Public Gold 50 gram (24K)
.
.

Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K)

.
Ini gambar PAMP Suisse gold bar:
.
.

gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya
 
. 
Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)

Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
.
Gambar Dinar Emas Kelantan
.


p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama. .
.

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.

Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, anda boleh membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)


Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.



so...sedikit sebanyak kita dah tahu kan bagaimna hendak mulakan utk pelaburan emas nie....
okla,seprti kita tahu yang pelaburan emas ni ada 2 jenis iaitu dengan membeli emas fizikal atau membuka akuan simpanan emas.Emas fizikal aku recommend emas Public Gold sebab mempunyai faktornya yang mempunyai spread atau susut nilai yang rendah sebab Public Gold ni mempunyai kilangnya sendiri berbanding emas fizikal yang lain seperti syiling kijang emas,produk emas dari UOB Bank dan kedai emas yang tidak memiliki kilang sendiri untuk membuat emas.Selain itu emas Public Gold juga senang untuk dibeli dan sentiasa ada stock walaupun pada waktu yang mempunyai permintaan tinggi.Selain tu kita tidak perlu risau yang bungkusan emas rosak atau emas tu rosak dan calar kerana pihak Public Gold tetap akan menerimanya semula.
pelaburan%2Bemas Awas Kelemahan Pelaburan Emas
Tapi hari ni aku nak cerita tentang akaun simpanan emas.Akuan simpanan emas yang terkenal kita tahu ialah GSPA dan GIA,yang terbarunya ialah KFH yang mengikut syariah.
pelabur%2Bemas Awas Kelemahan Pelaburan Emas
Semalam selepas aku buat reserch tentang akuan simpanan emas terdapat bayak fakta tentang di sebalik simpanan akaun emas ini.Aku dapat ini dari http://goldsilver4u.blogspot.com/.So aku just copy antara kelemahannya berdasar pengalaman tuan punya blog tu sebab aku takde pengalaman dalam membuka akuan simpanan emas ni.
Fakta:
1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.
2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.Sebagai contoh untuk akuan GSPA pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.
3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.Sebagai contohnya untuk akuan GIA anda hendaklah meninggalkan sekurang-kurangnya 2gram didalam akuan untuk akuan kekal aktif dan dikenakan servis cas RM10 pada awal tahun untuk simpanan kurang 10 gram pada hujung tahun.
4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.
5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.
6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?
7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!
8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.
9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar. 


So,korang fikir-fikirkan sebelum memulakan pelaburan emas.Cuba teliti kelemahan di sebalik pelaburan tu.Yang pentingnya akuan simpanan emas ni tidak tahu status halal atau haramnya kerana majlis fatwa tidak keluarkan apa-apa tentang akaun simpanan emas ini.

 kat sini saya akan kemukakan 10 sebab saya menyimpan dan melabur EMAS.



Antaranye:

1-untung 20-30%
2-kalis inflasi
3-risiko rendah
4-kalo berlaku peperangan,emas boleh digunakan dimana2...
5-boleh dijual ,untung atas jualan
6-emas adalah kekayaan sebenar
7-bole wat hantaran atau hadiah
8-emas sangat cantik
9-Logam yang sebenar2nya
10-disukai ramai
11-asas tabungan...
12- mcm2 lagi la...hehehe

Harga Emas Harian

Ini adalah kompilasi harga-harga emas di Malaysia dan Dunia.
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas (Bank Negara Malaysia)
2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
3. Harga Emas Syarikat Public Fine Gold (Public Gold)
4. Harga Emas Syarikat Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Physical Gold Products
7. Harga Emas UOB Gold Saving Account (GSA)
8. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
9. Harga Emas dunia (spot gold)
10. Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram
11. Harga Harian Emas Maybank Gold Investment Account (GIA)
12. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Account- i (KFHGA-i)
13. CIMB Gold Deposit Account
11..
Artikel mengenai cara pengiraan emas boleh dibaca di sini:
1. Cara termudah mengira harga emas part #2 (klik sini)
2. Bagaimana mengira harga emas part #1 (klik sini)


p/s :  Langkah permulaan dalam menjana ekonomi berbentuk Islamik, yang pada mulanya mendapat tentangan dari setengah pihak. Petikan2 ayat Al Quran tentang dinar dan dirham.
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya".
(Surah Al Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..."
(Surah Yusuf : 20 )

Tak dinyatakan penggunaan wang kertas, yang sememangnya dipelopori musuh Islam sekian lama.


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)

Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)


Mudahan tertegaknya pemerintahan Islam yang kita nantikan, bukannya disebabkan Islamnya pemimpin itu, tapi roh Islam yang harus bergerak dalam merangkumi semua aspek kehidupan.

No comments:

Post a Comment